Friday, March 20, 2009

10 jam sembunyi cerita rakan lemas

KUALA TERENGGANU - Lima kanak-kanak berusia sembilan hingga 11 tahun nekad merahsiakan selama 10 jam tentang kejadian lemas salah seorang rakan mereka.



Ini kerana, kanak-kanak itu yang takut dimarahi keluarga masing-masing hanya berdiam diri selepas gagal menyelamatkan Mohamad Izzat Akram Ramli, 14, yang lemas ketika mandi sungai di Kampung Batu Hampar, Manir dekat sini kelmarin.



Malah, kumpulan kanak-kanak itu membuat perjanjian antara satu sama lain untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian yang menimpa pelajar kelas khas di Sekolah Kebangsaan Pulau Manis, Manir itu.

Cerita bapa mangsa, Ramli Muda, 49, dia mengesyaki sesuatu terjadi kepada anaknya yang juga remaja hiper aktif selepas anak ketiga daripada empat beradik itu tidak pulang ke rumah seperti biasa.

"Semalam (kelmarin) dia keluar rumah kira-kira pukul 2 petang dan biasanya akan balik pukul 4 atau 4.30 petang untuk makan sebelum keluar bermain semula," katanya ketika ditemui di sini semalam.






BERITA KOSMO:

0 comments:

 

Design by EHsan@GTO