Friday, March 20, 2009

3) Lee Chong Wei

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan andaian kononnya dia gentar apabila berdepan bintang China, Lin Dan.



Sebaliknya, Chong Wei percaya bahawa dia sudah memiliki formula terbaik untuk terus menjinakkan musuh tradisinya itu.

"Saya tidak pernah gentar apabila berjumpa Lin Dan walaupun dia memiliki reputasi yang cukup tinggi.

"Kami sudah cukup arif corak permainan masing-masing dan bagi saya, Lin Dan masih mampu ditumbangkan.

"Apa yang penting, saya dapat mengawal corak permainan dan tidak terlalu terikut dengan rentak Lin Dan," kata Chong Wei setibanya dari Hungary di Lapa- ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.....

BERITA KOSMO

0 comments:

 

Design by EHsan@GTO